Program Amnesty khas kepada penduduk yang masih belum memiliki sticker keselamatan.

Salam dan selamat sejahtera,

Sejajar dengan matlamat Persatuan Penduduk Nukilan 1 & 2 untuk memperkukuh perpaduan serta meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan komuniti, pihak persatuan ingin menawarkan Program Amnesty khas kepada penduduk yang masih belum memiliki sticker keselamatan.

Melalui penyertaan dalam program ini, penduduk akan menikmati pelbagai kemudahan keselamatan seperti rondaan berkala, perkhidmatan call-in pada waktu lewat malam, talian hotline kecemasan, serta perkongsian maklumat pemantauan melalui WhatsApp dll.

Di samping itu, penyertaan ini juga melayakkan anda untuk menggunakan laluan pagar automatik ANPR yang kini dalam proses pelaksanaan.

Kerjasama dan penyertaan anda amatlah dihargai demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

📌 Untuk maklumat lanjut, sila Whatsapp Bendahari Persatuan: En Fariz

‘Ayuh bersatu hati demi kesejahteraan komuniti kita’