MAKLUMAN KAWALAN AKSES PPN NUKILAN 1 & 2
📢 MAKLUMAN KAWALAN AKSES PPN NUKILAN 1 & 2
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Dimaklumkan bahawa selepas perbincangan pihak AJK, sistem pendaftaran menggunakan QR Code untuk Visitor dan Delivery / Grab akan dikekalkan bagi tujuan rekod keselamatan dan kawalan keluar masuk kawasan.
📌 Penambahbaikan Proses Delivery / Grab
Bagi memudahkan urusan rider, maklumat yang perlu diisi telah dikurangkan kepada:
- Nombor plate kenderaan
- Nombor rumah yang dituju
📌 Pendaftaran Visitor
Bagi pelawat / visitor, proses pendaftaran kekal seperti biasa melalui QR Code Registration yang disediakan.
📌 Resident yang belum menyertai ANPR
Bagi resident yang belum menggunakan sistem ANPR, mohon kerjasama untuk:
- Berhenti di pondok pengawal
- Memaklumkan bahawa anda adalah resident
- Memberikan nombor rumah kepada pihak pengawal
Pihak pengawal akan membantu membuka akses gate melalui laluan manual.
Kerjasama semua resident amat dihargai bagi memastikan keselamatan, kelancaran dan keselesaan bersama di kawasan PPN Nukilan 1 & 2.
Terima kasih.
—
Persatuan Penduduk Nukilan 1 & 2
Alam Impian, Shah Alam